Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Ada Kedai Hidang Daging Eksotik Kpn

Published: 07 Aug 2022 1.52 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 7 Ogos 2022 - Polis mengesan wujudnya restoran dan kedai makan eksotik yang menawarkan hidangan daging haiwan liar.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ada-kedai-hidang-daging-eksotik-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:09 MYT
Kuala Lumpur, 7 Ogos 2022 - Polis mengesan wujudnya restoran dan kedai makan eksotik yang menawarkan hidangan daging haiwan liar.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, siasatan mendapati terdapat aktiviti melibatkan individu tertentu yang mendapatkan sumber daging haiwan liar daripada Orang Asli dan penduduk tempatan dengan menawarkan harga tinggi.

Menurutnya, mereka berselindung daripada penguatkuasa dengan cara mengambil lesen perniagaan hidupan liar tetapi menyajikan haiwan liar tidak dibenarkan seperti daging beruang dan buaya.

"Ada juga kedai makanan eksotik ini menawarkan hidangan haiwan liar kepada pelanggan terpilih sahaja.

"Pelanggan perlu memesan terlebih dahulu melalui telefon atau WhatsApp," katanya kepada Sinar Ahad.

Tan Sri Acryl Sani mengingatkan, polis bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) serta agensi kerajaan lain akan mengambil tindakan lebih drastik untuk menangkap penjenayah hidupan liar.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#07082022

May be an image of 1 person and text that says 'dan kedai eksotik yang menawa HIDANG DAGING EKSOTIK Ketua Negara Tan Acryl Sesetengah kedai makanan Susulan
ArticlePublished 07 Aug 2022 1.52 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM