Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan 90 Peratus Kes Orang Hilang Diselesaikan Mdn

Diterbitkan: 24 Jul 2024 1.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Jumlah orang yang dilaporkan hilang kekal 900 orang pada setiap tahun namun kadar penemuan semula adalah tinggi iaitu antara 85 peratus hingga 90 peratus.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-90-peratus-kes-orang-hilang-diselesaikan-mdn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:34 MYT
Putrajaya, 24 Julai 2024 - Jumlah orang yang dilaporkan hilang kekal 900 orang pada setiap tahun namun kadar penemuan semula adalah tinggi iaitu antara 85 peratus hingga 90 peratus.

Sehubungan itu Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan terdapat trend peningkatan mendadak membabitkan kes orang hilang di negara ini.

“Pada 2020 hingga Jun lalu, berdasarkan statistik Jabatan Siasatan Jenayah, insiden orang hilang kekal kira-kira 900 orang setiap tahun.

“Daripada kes orang hilang yang dilaporkan, yang kekal hilang antara 10 hingga 15 peratus,'' katanya dalam sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, semalam.

Dalam pada itu, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, KDN dan Polis Diraja Malaysia juga sentiasa memandang serius insiden orang hilang yang dilaporkan di negara ini.

“Satu kes sekali pun adalah serius, bukan maknanya kita boleh pandang enteng.

“Itu kita kata orang ramai boleh mainkan peranan dengan membuat aduan orang hilang kepada polis,” ujarnya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 9 people and text
ArtikelDiterbitkan 24 Jul 2024 1.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM