
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Mb Johor Ucap Terima Kasih Kepada Pdrm
Beliau turut menyatakan penghargaan atas kecekapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak perempuan berusia enam tahun i...
Johor Bahru, 24 Julai 2024 - Menteri Besar (MB), Dato’ Onn Hafiz Ghazi, menzahirkan kesyukuran atas penemuan Albertine Leo Jia Hui yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.
Beliau turut menyatakan penghargaan atas kecekapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak perempuan berusia enam tahun itu.
“Syukur Alhamdulillah, Albertine yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri, Sabtu lalu berjaya ditemui dengan selamat sekitar jam 4.45 pagi tadi.
“Albertine ditemui di satu lokasi di Batang Kali, Selangor dalam keadaan selamat dengan penemuan itu telah disahkan oleh Ketua Polis Johor, CP M. Kumar S. Muthuvelu.
“Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada PDRM atas usaha yang ditunjukkan dalam operasi mencari dan menyelamat Albertine.
“Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang bersama-sama memberi informasi dan bantuan sepanjang operasi ini dilaksanakan,” katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.