Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan 71 Penunggang Basikal Maut

Diterbitkan: 24 Oct 2021 3.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Datuk Wira Mat Kasim Karim berkata, dalam tempoh itu juga 150 kes kemalangan melibatkan penunggang basikal yang mana 24 cedera parah dan 55 cedera ringan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-71-penunggang-basikal-maut
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:40 MYT
Petaling Jaya, 24 Oktober 2021 - Sebanyak 71 penunggang basikal maut dalam kemalangan jalan raya di seluruh negara dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Datuk Wira Mat Kasim Karim berkata, dalam tempoh itu juga 150 kes kemalangan melibatkan penunggang basikal yang mana 24 cedera parah dan 55 cedera ringan.

Katanya, sejak 2019 hingga September lalu, sebanyak 507 kes kemalangan penunggang basikal dilaporkan dan daripada jumlah tersebut, 241 kes melibatkan kematian, cedera parah (80 kes) dan cedera ringan (186 kes).

"Aktiviti berbasikal menyaksikan peningkatan kes kemalangan yang ketara sejak kebelakangan ini dengan melihat kepada jumlah direkodkan dalam tempoh sembilah bulan pertama itu.

"Polis tidak menghalang aktiviti berbasikal namun harus mematuhi aspek keselamatan ditetapkan.

"Keghairahan sesetengah penunggang basikal yang berkayuh di lebuh raya, tidak kira secara individu atau berkumpulan dikhuatiri meningkatkan jumlah kemalangan membabitkan mereka," katanya di sini semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.

May be an image of 1 person, motorcycle and text that says '71 penunggang basikal maut Dari muka1 'Polis tidak menghalang namun Sebanyak 71 penunggang
ArtikelDiterbitkan 24 Oct 2021 3.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM