
Keratan Akhbar Pilihan 70 Bookie Euro 2020 Diberkas Libat Taruhan Rm44 29 Juta
Johor Bahru, 15 Julai 2021 - Seramai 70 bookie bola sepak termasuk seorang wanita ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan judi Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2020 membabitkan wang pertaruhan sebanyak RM44.29 juta.
Kesemua suspek ditahan menerusi 54 serbuan bermula 12 Jun hingga 12 Julai lalu.
Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, menerusi Op Soga VIII yang dijalankan, pihaknya turut merampas wang tunai berjumlah RM42.535.
"Kesemua individu yang ditahan berusia antara 17 hingga 65 tahun, terdiri daripada 69 lelaki dan seorang perempuan.
"Kesemua yang ditahan dikenakan reman antara dua hingga empat hari bagi membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, semalam.
Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 6(3), Seksyen 6(1) dan Seksyen 4(1)(d) Akta Pertaruhan 1953.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti berikut.