Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan 67 Kes Remaja Perempuan Dinoda Berkumpulan Selepas Kenal Di Media Sosial

Diterbitkan: 12 Dec 2020 1.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 12 Disember 2020 - Ghairah dengan pelbagai hiburan di dalam gajet, selain tertarik dengan kata-kata manis teman lelaki yang dikenali dalam tempoh singkat di media sosial dikatakan punca remaja perempuan dijerat sehingga menjadi 'lauk' lelaki terbabit bersama rakannya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-67-kes-remaja-perempuan-dinoda-berkumpulan-selepas-kenal-di-media-sosial
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:22 MYT

Kuala Lumpur, 12 Disember 2020 - Ghairah dengan pelbagai hiburan di dalam gajet, selain tertarik dengan kata-kata manis teman lelaki yang dikenali dalam tempoh singkat di media sosial dikatakan punca remaja perempuan dijerat sehingga menjadi 'lauk' lelaki terbabit bersama rakannya.

Paling membimbangkan apabila remaja perempuan terbabit dikatakan licik memperdaya ibu bapa sehingga mampu menyelinap keluar rumah untuk berjumpa kekasih hati ekspres itu.

Ini bukanlah omong kosong apabila Ibu Pejabat Polis Bukit Aman merekodkan 67 kes remaja perempuan dirogol berkumpulan selepas mengenali rakan mereka itu di media sosial setakat Januari hingga Oktober tahun ini.

Kebimbangan itu didedahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman, ACP Puan Siti Kamsiah Hassan.
Menurutnya, trend rogol berkumpulan kelihatan meningkat, malah walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih merekodkan kes yang banyak, di mana golongan kanak-kanak dan remaja ini keluar dari rumah tanpa pengetahuan keluarga.
Menurutnya, polis tidak menolak punca kejadian rogol berkumpulan ini kian meningkat membabitkan kanak-kanak berusia antara 10 hingga 16 tahun ini disebabkan kecanggihan teknologi dan gajet.

"Sekarang ini golongan pertengahan sudah mampu memiliki telefon pintar kerana harga yang murah dengan capaian internet tanpa batasan dan media sosial memudahkan golongan ini terjebak sehingga menjadi mangsa.

"Selain kecanggihan teknologi, faktor lain yang menyebabkan mereka ini terjebak dan menjadi mangsa rogol berkumpulan adalah kerana keruntuhan moral individu itu sendiri di mana penerapan nilai murni tidak seiring dengan elemen negatif yang lebih banyak pada masa kini," katanya dalam temubual khas bersama Harian Metro.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro.

Sumber: Harian Metro

Image may contain: 1 person, text that says 'HafisNawawi mhafis@hmetro. TERKULAI' 24 JAM KENAL Sebanyak 67 remaja perempuan dinoda berkumpulan selepas
ArtikelDiterbitkan 12 Dec 2020 1.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM