
Article
Keratan Akhbar Pilihan 67 Kes Remaja Perempuan Dinoda Berkumpulan Selepas Kenal Di Media Sosial
Kuala Lumpur, 12 Disember 2020 - Ghairah dengan pelbagai hiburan di dalam gajet, selain tertarik dengan kata-kata manis teman lelaki yang dikenali dalam tempoh...
Kuala Lumpur, 12 Disember 2020 - Ghairah dengan pelbagai hiburan di dalam gajet, selain tertarik dengan kata-kata manis teman lelaki yang dikenali dalam tempoh singkat di media sosial dikatakan punca remaja perempuan dijerat sehingga menjadi 'lauk' lelaki terbabit bersama rakannya.
Paling membimbangkan apabila remaja perempuan terbabit dikatakan licik memperdaya ibu bapa sehingga mampu menyelinap keluar rumah untuk berjumpa kekasih hati ekspres itu.
Ini bukanlah omong kosong apabila Ibu Pejabat Polis Bukit Aman merekodkan 67 kes remaja perempuan dirogol berkumpulan selepas mengenali rakan mereka itu di media sosial setakat Januari hingga Oktober tahun ini.
Kebimbangan itu didedahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman, ACP Puan Siti Kamsiah Hassan.
Menurutnya, trend rogol berkumpulan kelihatan meningkat, malah walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih merekodkan kes yang banyak, di mana golongan kanak-kanak dan remaja ini keluar dari rumah tanpa pengetahuan keluarga.
Menurutnya, polis tidak menolak punca kejadian rogol berkumpulan ini kian meningkat membabitkan kanak-kanak berusia antara 10 hingga 16 tahun ini disebabkan kecanggihan teknologi dan gajet.
"Sekarang ini golongan pertengahan sudah mampu memiliki telefon pintar kerana harga yang murah dengan capaian internet tanpa batasan dan media sosial memudahkan golongan ini terjebak sehingga menjadi mangsa.
"Selain kecanggihan teknologi, faktor lain yang menyebabkan mereka ini terjebak dan menjadi mangsa rogol berkumpulan adalah kerana keruntuhan moral individu itu sendiri di mana penerapan nilai murni tidak seiring dengan elemen negatif yang lebih banyak pada masa kini," katanya dalam temubual khas bersama Harian Metro.
Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro.
Sumber: Harian Metro