Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan 61 Pati Gagal Masuk Malaysia

Diterbitkan: 12 Aug 2022 8.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Manjung, 12 Ogos 2022 - Seramai 61 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang membayar RM800 hingga RM4,000 kepada ejen untuk menyusup masuk ke Malaysia hanya umpama 'bercuti tiga hari dua malam' di laut selepas bot dinaiki ditahan di kedudukan 2.5 batu nautika dari Puiau Talang di sini, jam 2.15 pagi kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-61-pati-gagal-masuk-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 18:32 MYT
Manjung, 12 Ogos 2022 - Seramai 61 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang membayar RM800 hingga RM4,000 kepada ejen untuk menyusup masuk ke Malaysia hanya umpama 'bercuti tiga hari dua malam' di laut selepas bot dinaiki ditahan di kedudukan 2.5 batu nautika dari Puiau Talang di sini, jam 2.15 pagi kelmarin.

Terdahulu, kumpulan warga asing terbabit bertolak dari negara asal pada Isnin lalu, malah sanggup berhimpit dalam bot pancung itu.

Pemangku Ketua Polis Perak, DCP Dato’ Pahlawan Azizi Mat Aris berkata, tekong bot serta dua pembantunya turut ditahan.

Mereka ditahan Pasukan Polis Marin Kampung Acheh dengan bantuan Tentera Laut Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) dan Seksyen 4 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 SOSMA.

Bacaan lanjut seperti keratan akhbar terbitan Harian Metro di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 12 Aug 2022 8.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM