Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan 6 381 Laman Sesawang Dalam Talian Disekat Atas Permohonan Pdrm Mcmc

Diterbitkan: 07 Feb 2023 4.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Putrajaya, 6 Februari 2023 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyekat 6,381 laman sesawang judi dalam talian bagi tempoh antara tahun 2020 hingga akhir 2022.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-6-381-laman-sesawang-dalam-talian-disekat-atas-permohonan-pdrm-mcmc
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:34 MYT
Putrajaya, 6 Februari 2023 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyekat 6,381 laman sesawang judi dalam talian bagi tempoh antara tahun 2020 hingga akhir 2022.

Dalam kenyataan semalam, MCMC memberitahu tindakan menyekat itu diambil berdasarkan kepada permohonan rasmi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kenyataan itu memaklumkan sejumlah 212,399 talian telefon termasuk talian mudah alih dan tetap yang menghantar spam SMS meragukan seperti mempromosi judi dalam talian, pinjaman tidak berlesen dan lain-lain juga ditamatkan perkhidmatannya bermula tahun 2020 sehingga 2022.

“Susulan gesaan sebuah persatuan pengguna agar platform perjudian dalam talian dikawal selia, MCMC ingin memaklumkan kami sentiasa komited dalam menyokong tindakan penguatkuasaan PDRM dalam usaha untuk membanteras kegiatan judi dalam talian yang tertakluk di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Akta 289).

“Dalam hal ini, pihak PDRM menjalankan tindakan dan penguatkuasaan manakala MCMC pula berperanan dalam memberikan bantuan teknikal kepada PDRM termasuk pembekalan maklumat dan sekatan laman sesawang berunsur perjudian berdasarkan permohonan daripada PDRM," kata kenyataan itu.

Menurut MCMC, selain tindakan penguatkuasaan (pendakwaan atau sekatan), kesedaran diri, pendidikan serta kawalan kendiri adalah kunci dalam usaha membanteras perjudian dalam talian.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Borneo Sarawak.
May be an image of text

ArtikelDiterbitkan 07 Feb 2023 4.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM