
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan 6 381 Laman Sesawang Dalam Talian Disekat Atas Permohonan Pdrm Mcmc
Putrajaya, 6 Februari 2023 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyekat 6,381 laman sesawang judi dalam talian bagi tempoh antara tah...
Putrajaya, 6 Februari 2023 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyekat 6,381 laman sesawang judi dalam talian bagi tempoh antara tahun 2020 hingga akhir 2022.
Dalam kenyataan semalam, MCMC memberitahu tindakan menyekat itu diambil berdasarkan kepada permohonan rasmi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Susulan gesaan sebuah persatuan pengguna agar platform perjudian dalam talian dikawal selia, MCMC ingin memaklumkan kami sentiasa komited dalam menyokong tindakan penguatkuasaan PDRM dalam usaha untuk membanteras kegiatan judi dalam talian yang tertakluk di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Akta 289).
“Dalam hal ini, pihak PDRM menjalankan tindakan dan penguatkuasaan manakala MCMC pula berperanan dalam memberikan bantuan teknikal kepada PDRM termasuk pembekalan maklumat dan sekatan laman sesawang berunsur perjudian berdasarkan permohonan daripada PDRM," kata kenyataan itu.
Menurut MCMC, selain tindakan penguatkuasaan (pendakwaan atau sekatan), kesedaran diri, pendidikan serta kawalan kendiri adalah kunci dalam usaha membanteras perjudian dalam talian.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Borneo Sarawak.