Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan 5 535 Karton Rokok Seludup Bernilai Rm1 37 Juta Dirampas

Published: 13 May 2024 2.42 AM Updated: 15 Aug 2026 8.14 PM
Ketua Polis Johor, CP Dato’ M. Kumar S. Muthuvelu berkata, serbuan menerusi Ops Taring Landai dilakukan Unit Risik Marin, Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Pengerang pada jam 9 malam Selasa.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-5-535-karton-rokok-seludup-bernilai-rm1-37-juta-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:22 MYT
Johor Bahru, 13 Mei 2024 - Serbuan sebuah pondok membongkar kegiatan penyeludupan rokok apabila menemui 5,535 karton rokok pelbagai jenama dalam sebuah kenderaan di Pantai Bio, Kota Tinggi.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ M. Kumar S. Muthuvelu berkata, serbuan menerusi Ops Taring Landai dilakukan Unit Risik Marin, Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Pengerang pada jam 9 malam Selasa.

“Ketika serbuan, seorang suspek lelaki yang berada di pondok melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis.

“Pemeriksaan mendapati pondok terbabit dipercayai dijadikan tempat pemunggahan rokok secara haram.

“Polis turut menemui sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Kembara bersama 5,535 karton mengandungi 914,600 batang rokok putih dan keretek tidak berkastam dengan nilai rampasan termasuk cukai dianggarkan berjumlah RM1.37 juta,” katanya dalam sidang akhbar di Markas PPM Wilayah Dua, Tampoi pada Ahad.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 3 people and text
ArticlePublished 13 May 2024 2.42 AMUpdated 15 Aug 2026 8.14 PM