
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan 5 496 Kawasan Dikesan Hotspot Banjir
Kuala Lumpur, 4 Oktober 2022 – Sebanyak 5,496 kawasan di seluruh negara disenaraikan sebagai lokasi panas atau “hotspot” banjir, paling banyak adalah di Sarawa...
Kuala Lumpur, 4 Oktober 2022 – Sebanyak 5,496 kawasan di seluruh negara disenaraikan sebagai lokasi panas atau “hotspot” banjir, paling banyak adalah di Sarawak dengan 1,034 kawasan.
Kementerian Alam Sekitar Dan Air (KASA) dalam kenyataan semalam, menyenaraikan kawasan panas bencana itu di Sarawak membabitkan 12 daerah, iaitu Mukah, Sibu, Sarikei, Betong, Kuching, Bintulu, Serian, Limbang, Miri, Kapit, Sri Aman dan Samarahan.
la diikuti Pahang dengan 763 kawasan, membabitkan daerah Cameron Highlands, Raub, Bentong, Temerloh, Lipis, Bera, Jerantut, Kuantan, Pekan, Rompin dan Maran.
Kelantan pula membabitkan 595 kawasan merangkumi daerah Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Gua Musang, Bachok, Tanah Merah, Kota Bharu, Pasir Puteh, Machang dan Kuala Krai.
Manakala lokasi “hotspot” banjir di Kuala Lumpur adalah Pusat Dagangan Dunia (WTC), Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Jalan Ipoh, Kampung Kassipilay, Jalan Kuching, Jalan Tun Razak (Wisma BERNAMA), Jalan Pekeli ling, Kampung Puah dan Jalan Kolam Air.