Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan 5 431 Polis Pantau Trafik Ketika Raya

Diterbitkan: 17 Apr 2023 8.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 17 April 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempatkan 5,431 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di peringkat kontinjen dan daerah bagi memastikan kelancaran serta keselamatan trafik dalam tempoh Hari Raya Aidilfitri.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-5-431-polis-pantau-trafik-ketika-raya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:41 MYT
Petaling Jaya, 17 April 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempatkan 5,431 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di peringkat kontinjen dan daerah bagi memastikan kelancaran serta keselamatan trafik dalam tempoh Hari Raya Aidilfitri.

Kekuatan membabitkan 688 pegawai kanan dan 4,743 pegawai rendah JSPT turut ditempatkan di lokasi-lokasi panas kemalangan di seluruh negara bermula 18 April ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah JSPT, CP Dato’ Sri Mat Kasim Karim berkata, dijangka lebih 2 juta kenderaan berada di atas jalan raya di seluruh negara sempena Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Menurut beliau, JSPT akan melaksanakan penugasan dengan menempatkan petugas di lokasi yang dikenal pasti kekerapan berlakunya kemalangan.

“Sepanjang Op Lancar dan Op Selamat 20 yang akan dilaksanakan tujuh hari bermula 20 April ini juga akan melaksanakan rondaan secara berkala mengikut statistik lokasi, waktu dan hari kekerapan berlakunya kemalangan.

“Tindakan juga akan diambil kepada pengguna jalan raya tegar, sering melakukan kesalahan lalu lintas,” katanya semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 1 person, car and text that says '5,431 polis pantau trafik ketika raya HADMAN Polis Diraja menempat- anggota kat kontinjen daerah Oleh
ArtikelDiterbitkan 17 Apr 2023 8.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM