Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan 5 190 Anggota Pdrm Terlibat Salah Laku Integriti Kpn

Diterbitkan: 28 Aug 2023 2.35 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Petaling Jaya, 28 Ogos 2023 - Seramai 5,190 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikenakan tindakan tatatertib sejak 2020 hingga Jun tahun ini. Jumlah itu melibatkan seramai 1,540 orang untuk tahun 2020; 1,571 orang (2021), 1,466 orang (2022) dan 613 orang pada enam bulan pertama tahun ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-5-190-anggota-pdrm-terlibat-salah-laku-integriti-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:30 MYT
Petaling Jaya, 28 Ogos 2023 - Seramai 5,190 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikenakan tindakan tatatertib sejak 2020 hingga Jun tahun ini.
Jumlah itu melibatkan seramai 1,540 orang untuk tahun 2020; 1,571 orang (2021), 1,466 orang (2022) dan 613 orang pada enam bulan pertama tahun ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, daripada jumlah terbabit, seramai 3,032 pegawai dan anggota diberi amaran manakala 962 orang lagi dikenakan denda.

Katanya, turut diambil tindakan membabitkan seramai 496 pegawai dan anggota yang dilucut hak emolumen atau elaun-elaun tertentu.
Seramai 132 anggota dan pegawai ditangguh pergerakan gaji manakala 49 orang diturun gaji dan 72 lagi diturunkan pangkat. Dalam tempoh sama, seramai 447 pegawai dan anggota dibuang kerja terutama mereka yang dibuktikan bersalah dalam kes pendakwaan di mahkamah.

“PDRM melalui Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) komited mengambil tindakan tatatertib terhadap mana-mana pegawai dan anggota yang dikesan terlibat dengan pelanggaran salah laku integriti,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ikuti wawancara bersama KPN, IG Tan Sri Razarudin Husain berkenaan tindakan yang diambil oleh PDRM bagi menangani isu integriti warganya menerusi keratan akhbar terbitan Utusan Online seperti di lampiran.

May be an image of 1 person, magazine, newspaper, poster and text
ArtikelDiterbitkan 28 Aug 2023 2.35 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM