Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan 47 Lelaki Dan Wanita Orang Asli Bakal Sertai Polis Senoi Praaq

Diterbitkan: 19 Sep 2021 8.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ipoh, 19 September 2021 - Semangat masyarakat Orang Asli untuk menjadi sebahagian daripada anggota penguat kuasa terbukti apabila seramai 386 remaja kaum itu menjalani pemilihan sebagai konstabel Polis Diraja Malaysia dan Senoi Praaq di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Perak, baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-47-lelaki-dan-wanita-orang-asli-bakal-sertai-polis-senoi-praaq
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:23 MYT
Ipoh, 19 September 2021 - Semangat masyarakat Orang Asli untuk menjadi sebahagian daripada anggota penguat kuasa terbukti apabila seramai 386 remaja kaum itu menjalani pemilihan sebagai konstabel Polis Diraja Malaysia dan Senoi Praaq di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Perak, baru-baru ini.

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Perak/Kedah dalam satu kenyataan memberitahu, proses pemilihan tersebut diadakan selama tiga hari bermula Isnin lalu.

Menurut kenyataan itu, pemilihan membabitkan peserta lelaki dan perempuan berusia antara 18 hingga 28 tahun yang melalui tiga sesi iaitu ujian fizikal, peperiksaan berkomputer (SPiER) dan temu duga lisan.

"Penyertaan kali ini begitu menggalakkan sekali gus menunjukkan minat mereka yang tinggi untuk menyertai pasukan keselamatan," ujar kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, kenyataan itu menambah, hanya 63 peserta yang layak untuk sesi seterusnya iaitu uiian integriti SPiER pada Rabu lalu selepas dua hari ujian fizikal dilakukan.

"Selepas ditapis, hanya 47 calon yang melepasi ujian tersebut dan terpilih untuk menjalani ujian temu duga pada Selasa dan Rabu depan untuk jawatan tersebut," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
ArtikelDiterbitkan 19 Sep 2021 8.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM