
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan 461 Kertas Siasatan Jenayah Lampau Dituduh Di Mahkamah Hasil Teknologi Ujian Dna
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
Kuala Lumpur, 28 Mac 2023 - Jangan terlalu gembira dengan menganggap ‘dosa'' jenayah silam dilakukan beberapa dekad lalu boleh terpadam atau hilang ditelan masa.
Penjenayah di negara ini tidak boleh lagi menganggap ‘selamat'' apabila kemajuan Sistem Bank Data Asid Deoksiribonukleik (DNA) membolehkan mereka dikenal pasti, ditahan dan diheret semula ke muka pengadilan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan berkata, 461 kertas siasatan yang berjaya dituduh bagi tempoh sama itu hasil daripada ujian DNA.
Menurutnya, sehingga kini, Bahagian Databank DNA (D13) JSJ PDRM melalui Sistem Bank Data DNA Forensik Malaysia (BDDFM), memperoleh 240 padanan profil DNA membabitkan kes jenayah semasa dan lampau.