Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan 452 Tangkapan Dilakukan 1 171 Mangsa Pemerdagangan Manusia Diselamatkan Kpn

Published: 13 Apr 2025 1.03 AM Updated: 15 Aug 2026 8.06 PM
Kuala Lumpur, 13 April 2025 - Polis melakukan 452 tangkapan dan menyelamatkan 1,171 mangsa pemerdagangan manusia dalam beberapa siri operasi utama dijalankan sepanjang tahun lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-452-tangkapan-dilakukan-1-171-mangsa-pemerdagangan-manusia-diselamatkan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:28 MYT
Kuala Lumpur, 13 April 2025 - Polis melakukan 452 tangkapan dan menyelamatkan 1,171 mangsa pemerdagangan manusia dalam beberapa siri operasi utama dijalankan sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, pada masa sama sebanyak 227 kertas siasatan dibuka sepanjang tempoh berkenaan.

Beliau berkata Bahagian D3 (Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran/Atipsom), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mencatat kejayaan besar dalam beberapa operasi utama.

Menurutnya, menerusi Op Global (September - Oktober) menyaksikan 128 individu terbabit dalam buruh paksa ditangkap dan 11 mangsa termasuk tiga kanak-kanak diselamatkan.

“Bagi Op Pintas Mega (Januari - Jun) berjaya menyelamatkan 73 mangsa dan menahan 113 individu.

“Op Wakanda (Ogos) pula menyelamatkan dua mangsa daripada eksploitasi seksual warga Afrika, manakala Op Yemen (Oktober) menumpaskan sindiket buruh paksa di Yemen dengan dua individu ditangkap dan tiga mangsa diselamatkan,” katanya kepada Harian Metro.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text

ArticlePublished 13 Apr 2025 1.03 AMUpdated 15 Aug 2026 8.06 PM