Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan 44 Pati Kempunan Untuk Masuk Ke Malaysia

Published: 25 Feb 2024 8.15 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Impian 44 pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia menyusup masuk negara secara haram ke negara ini dengan bayaran RM1,500 tidak kesampaian apabila dicekup di pantai Sungai Serdang di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-44-pati-kempunan-untuk-masuk-ke-malaysia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:51 MYT
Klang, 25 Februari 2024 - Impian 44 pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia menyusup masuk negara secara haram ke negara ini dengan bayaran RM1,500 tidak kesampaian apabila dicekup di pantai Sungai Serdang di sini, semalam.

Kesemua mereka termasuk lapan wanita yang berhimpit dalam sebuah bot pom-pom ditahan kira-kira pukul 3.30 pagi oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Klang menerusi Op Taring Gelora.

Komander PPM Wilayah Satu, ACP Rusley Chi Ari berkata, kejayaan itu hasil maklumat dan risikan mengenai aktiviti penyusupan PATI menerusi laluan laut.

Katanya, pihaknya menahan tiga suspek warga Indonesia berusia 28 hingga 48 tahun yang berperanan sebagai tekong dan pembantunya.

“Siasatan mendapati tekong itu aktif menguruskan migran keiuar dan masuk ke Malaysia sejak tiga bulan lalu.

“Hasil siasatan mendapati, PATI dipercayai membayar empat hingga lima juta Rupiah (RM1,200 hingga RM1,500) untuk masuk ke negara ini.

“Kos bagi setiap individu itu didakwa dibayar mereka kepada ejen sindiket di Indonesia," katanya ketika dihubungi semalam.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of text

ArticlePublished 25 Feb 2024 8.15 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM