Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan 419 Saman Dikeluarkan Dalam Op Bersepadu Luaran

Published: 02 Mar 2024 4.35 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sebanyak 419 saman dikeluarkan dalam Op Bersepadu Luaran peronda lebuh raya (EMPV) Zon Selatan 3 di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Skudai hala selatan dan susur, Johor, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-419-saman-dikeluarkan-dalam-op-bersepadu-luaran
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:59 MYT
Kuala Lumpur, 2 Mac 2024 - Sebanyak 419 saman dikeluarkan dalam Op Bersepadu Luaran peronda lebuh raya (EMPV) Zon Selatan 3 di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Skudai hala selatan dan susur, Johor, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Mohd Azman Ahmad Saperi berkata, operasi itu dijalankan pihaknya meliputi seorang pegawai dan 20 anggota daripada Cawangan Penguatkuasa Lebuhraya Zon Selatan 3.

Katanya, operasi itu juga membabitkan 55 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor (13) dan Agensi Penguatkuasa Polis Bantuan PLUS (12).

“Dalam operasi ini, JSPT mengeluarkan 166 saman atas pelbagai kesalahan seperti pandu laju, tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi,” katanya.

Sumber: Harian Metro

May be an image of text
ArticlePublished 02 Mar 2024 4.35 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM