Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan 4 5 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya

Diterbitkan: 08 Nov 2021 12.32 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Aliran trafik di lebuh raya utama pada hari perayaan Deepavali iaitu Khamis lalu dan hari sebelumnya, masing-masing merekodkan 3.5 dan 4.4 juta kenderaan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-4-5-juta-kenderaan-di-lebuh-raya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:05 MYT
Kuala Lumpur, 8 November 2021 - Aliran trafik di semua lebuh raya utama negara mencatatkan 4.5 juta kenderaan kelmarin susulan orang ramai mengambil kesempatan bercuti dan pulang ke kampung berikutan cuti panjang sempena Deepavali.

Aliran trafik di lebuh raya utama pada hari perayaan Deepavali iaitu Khamis lalu dan hari sebelumnya, masing-masing merekodkan 3.5 dan 4.4 juta kenderaan.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Datuk Wira Mat Kasim Karim berkata, aliran trafik kelmarin adalah sama seperti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan Mac tahun lalu.

Katanya, mengikut rekod kelmarin, tiga lebuh raya utama iaitu Lebuh raya Utara Selatan merekodkan 1,270,145 kenderaan, Lebuh raya Kuala Lumpur - Karak (183,087) serta Lebuh raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) (68,088).

Beliau berkata, tinjauan trafik di tujuh plaza tol utama pada hari berkenaan juga mendapati berlaku peningkatan ketara jumlah kenderaan berbanding 18 Oktober lalu.

Datuk Wira Mat Kasim berkata, tiada kesesakan luar biasa dikesan di semua sektor lebuh raya setakat ini.

"Jalan Persekutuan dan jalan negeri sesak ekoran lambakan kenderaan yang bergerak susulan kebenaran rentas negeri dan cuti panjang.

"Namun, kawalan lalu lintas di peringkat kontinjen dan daerah terus dilaksanakan bagi memberikan keselesaan dan menyuraikan kesesakan lalu lintas. Tindakan berterusan pemantauan melalui Op Lancar dan penguatkuasaan penuh," katanya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar Berita Harian.

May be an image of 14 people, people sitting, people standing, outdoors and text that says '4.5 juta kenderaan di lebuh raya Kenderaan menuju Plaza TolGomb
ArtikelDiterbitkan 08 Nov 2021 12.32 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM