
Article
Keratan Akhbar Pilihan 38 500 Liter Minyak Diesel Dirampas
Port Dickson, 4 Disember 2023 - Sebanyak 38,500 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM82,775 dirampas dalam serbuan Ops Tiris di sebuah premis tanpa nombor...
Port Dickson, 4 Disember 2023 - Sebanyak 38,500 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM82,775 dirampas dalam serbuan Ops Tiris di sebuah premis tanpa nombor di Kampung Kebun Jimah, di sini kelmarin.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan, Encik Muhammad Zahir Mazlan berkata, serbuan dibuat dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia melibatkan sembilan pegawai dan anggota dari Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman.
“Premis itu dipercayai dijadikan tempat urus niaga jualan minyak diesel selain tempat pengumpulan dan penyimpanan diesel bagi tujuan diseleweng.
“Seramai 13 lelaki tempatan berusia 20 hingga 54 tahun ditahan kerana disyaki berurusan dengan barang kawalan berjadual tanpa lesen atau permit sah dan melanggar Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974,” katanya dalam kenyataan semalam.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo.