Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Bersama Timbalan Kpn Hadir Ke Sambutan Setahun Kdn Madani Dan Perhimpunan Bulanan Kdn

Diterbitkan: 04 Dec 2023 6.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 4 Disember 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini hadir ke Sambutan Setahun Kementerian Dalam Negeri (KDN) MADANI dan Perhimpunan Bulanan KDN di Auditorium Setia Perkasa 8, Kompleks Setia Perkasa, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-bersama-timbalan-kpn-hadir-ke-sambutan-setahun-kdn-madani-dan-perhimpunan-bulanan-kdn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:57 MYT

Putrajaya, 4 Disember 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini hadir ke Sambutan Setahun Kementerian Dalam Negeri (KDN) MADANI dan Perhimpunan Bulanan KDN di Auditorium Setia Perkasa 8, Kompleks Setia Perkasa, di sini.

Majlis yang disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu turut dihadiri oleh warga kementerian dan jabatan serta agensi di bawahnya.

Majlis dimulakan dengan kata aluan oleh Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi sebelum disusuli amanat oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Turut berlangsung dalam majlis yang sama ialah simbolik Penyerahan Sumbangan Tabung Kemanusiaan Palestin Perkhidmatan Awam Peringkat KDN kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin di bawah seliaan Kementerian Luar Negeri sebagai inisiatif keprihatinan dan tanda sokongan warga KDN terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Ia kemudiannya diteruskan dengan sesi penyerahan Buku "Coffee Table” Pencapaian Setahun KDN MADANI oleh Datuk Hj. Ruji kepada Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Hadir sama adalah Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah, barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid

May be an image of dais and text

May be an image of 1 person, flower, dais and temple

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 2 people

May be an image of 2 people and text

May be an image of 3 people and text that says 'n RAZARUDIN'

No photo description available.

May be an image of 7 people, dais and text that says 'HIMPUNAN BULANAN MENTERIAN DALAM NEGERI BERSAMA TUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL MENTERI DALAM

May be an image of 6 people, dais and text


ArtikelDiterbitkan 04 Dec 2023 6.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM