Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan 367 Ditahan Ketika Leka Duga Kelajuan

Diterbitkan: 02 Jan 2023 2.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Alor Setar, 2 Januari 2023 - Keseronokan sekumpulan penunggang motosikal menyambut Tahun Baharu 2023 dengan melakukan pelbagai aksi berbahaya di Jalan Pegawai di sini, mengundang padah apabila 367 individu ditahan malam kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-367-ditahan-ketika-leka-duga-kelajuan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:54 MYT
Alor Setar, 2 Januari 2023 - Keseronokan sekumpulan penunggang motosikal menyambut Tahun Baharu 2023 dengan melakukan pelbagai aksi berbahaya di Jalan Pegawai di sini, mengundang padah apabila 367 individu ditahan malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, sebanyak 342 motosikal dan kereta ditahan dalam OP Samseng Jalanan yang dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar awal pagi semalam.

Beliau berkata, intipan yang dilakukan hampir satu jam di lokasi bermula jam 2.30 pagi itu mendapati kumpulan remaja bermotosikal mula memenuhi kiri dan kanan Jalan Pegawai.
“Mereka dipercayai melakukan pelbagai aksi merbahaya untuk menduga kelajuan dan menunggang secara berbahaya dipertontonkan sesama mereka.

“Namun kelekaan dan keghairahan kumpulan ini akhirnya terjerat apabila kepungan mula dilakukan tepat jam 3.30 pagi," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 2 people and text that says 'SEBAHAGIAN benunggang termasuk melakukan ditahan menolak motosikal bahaya. ebaga ANGGOTA Kedah melakukan te
ArtikelDiterbitkan 02 Jan 2023 2.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM