
Article
Keratan Akhbar Pilihan 36 432 Saman Dikeluarkan Dalam Tempoh Seminggu Op Huu
Kuala Lumpur, 22 September 2023 - Sebanyak 36,432 saman trafik dikeluarkan dalam tempoh seminggu, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Allaudeen Abdul Majid...
Kuala Lumpur, 22 September 2023 - Sebanyak 36,432 saman trafik dikeluarkan dalam tempoh seminggu, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Allaudeen Abdul Majid.
Beliau berkata, jumlah saman itu dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik menerusi Op Hormat Undang-undang (HUU) Jalan Raya Polis Kuala Lumpur fasa dua sejak 15 September.
“Kalau kita lihat jumlah saman dikeluarkan mendapati masih ada ruang untuk warga Kuala Lumpur meningkatkan kepatuhan kepada peraturan lalu lintas.
“Kerana jumlah 36,432 saman dikeluarkan dalam tempoh tujuh hari adalah jumlah yang besar menunjukkan masih ada pelanggaran peraturan secara sewenang-wenangnya,” katanya pada sidang media Op HUU Polis Kuala Lumpur, di sini, semalam.
Katanya, Polis Kuala Lumpur akan meneruskan operasi penguatkuasaan besar-besaran dalam tempoh berbaki tujuh hari pelaksanaan Op HUU berkenaan.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.