
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan 35 Tertipu Tunai Umrah Babit Rm1 Juta
Kuala Lumpur, 27 Disember 2023 - Polis menerima 35 laporan berkaitan kes penipuan umrah membabitkan syarikat agensi pelancongan dengan kerugian direkodkan lebi...
Kuala Lumpur, 27 Disember 2023 - Polis menerima 35 laporan berkaitan kes penipuan umrah membabitkan syarikat agensi pelancongan dengan kerugian direkodkan lebih RM1 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, laporan diterima di Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Sabah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
“Semua kes dilaporkan ini membabitkan bayaran daripada mangsa ke akaun bank milik syarikat berkenaan. Buat masa ini, belum ada tangkapan dibuat dan kes terbabit masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Dato’ Sri Ramli berkata, pihaknya ada membuka kertas siasatan kes berkaitan umrah terhadap syarikat sama pada 2018 dan 2019.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.