
Artikel
Artikel Pilihan Pdrm Pergiat Gempur Pati Seluruh Negara Buru Dalang Ali Baba
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Hazani Ghazali berkata, operasi akan dijalankan secara bersepadu dengan kerjasama a...
Kuala Lumpur, 22 Disember 2023 - Operasi besar-besaran menggempur pendatang asing tanpa izin (PATI) di seluruh negara akan diteruskan.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Hazani Ghazali berkata, operasi akan dijalankan secara bersepadu dengan kerjasama agensi penguat kuasa lain seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Ada beberapa lokasi telah dikenal pasti pihak polis sebagai 'hotspot' PATI di seluruh negara.
"Kita juga giat memburu tekong, dalang dan 'ali baba' yang terlibat dalam isu PATI ini," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi terbabit atas faktor keselamatan dan ketenteraman orang awam.
Tambah Dato' Sri Hazani, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak berkompromi dengan sebarang isu membabitkan PATI.
"Polis menerima aduan daripada orang awam mengenai lambakan PATI.
"Operasi ini juga sebagai usaha membanteras aktiviti jenayah," katanya.