Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan 300 Guni Beras Siam Tidak Sempat Ke Kuala Lumpur

Diterbitkan: 14 May 2026 7.35 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.55 PM
Petaling Jaya, 14 Mei 2026 - Cubaan menyeludup masuk 300 guni beras dipercayai dari negara jiran tumpas apabila sebuah lori ditahan dalam Op Taring Bravo 4 di lampu isyarat Simpang Tiga Felda Papulut, Kilometer 69 Jalan Gerik-Kuala Kangsar, Perak awal pagi semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-300-guni-beras-siam-tidak-sempat-ke-kuala-lumpur
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:16 MYT
Petaling Jaya, 14 Mei 2026 - Cubaan menyeludup masuk 300 guni beras dipercayai dari negara jiran tumpas apabila sebuah lori ditahan dalam Op Taring Bravo 4 di lampu isyarat Simpang Tiga Felda Papulut, Kilometer 69 Jalan Gerik-Kuala Kangsar, Perak awal pagi semalam.

Serbuan kira-kira pukul 6.00 pagi itu dijalankan Bahagian Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman.

Komander WCB/PSK JKDNKA Bukit Aman, SAC Datuk Mohd Zaki Ashar berkata, operasi itu berjaya tumpaskan rangkaian penyeludupan beras tidak bercukai selain mengekang kemasukan bekalan menggunakan jalan tidak sah.

"Pihak kami akan terus mempergiat operasi risikan dan penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti penyeludupan yang menyalahi undang-undang serta boleh menjejaskan ekonomi negara," katanya dalam kenyataan semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of slow loris and text
ArtikelDiterbitkan 14 May 2026 7.35 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.55 PM