Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jsj Sempurnakan Majlis Penutupan National Weapons Training Countering Weapons Smuggling In South East Asia

Diterbitkan: 14 May 2026 8.33 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.55 PM
Kuala Lumpur, 14 Mei 2026 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' M. Kumar S. Muthuvelu telah hadir menyempurnakan Majlis Penutupan "National Weapons Training: Countering Weapons Smuggling in South East Asia" di Hotel Double Tree, Jalan Tun Razak, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsj-sempurnakan-majlis-penutupan-national-weapons-training-countering-weapons-smuggling-in-south-east-asia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:26 MYT
Posting Pilihan Pengarah Jsj Sempurnakan Majlis Penutupan National Weapons Training Countering Weapons Smuggling In South East Asia
Laman Utama / Artikel / Posting Pilihan Pengarah Jsj Sempurnakan Majlis Penutupan National Weapons Training Countering Weapons Smuggling In South East Asia
Kembali ke Pustaka
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jsj Sempurnakan Majlis Penutupan National Weapons Training Countering Weapons Smuggling In South East Asia

Kuala Lumpur, 14 Mei 2026 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' M. Kumar S. Muthuvelu telah hadir menyempurnakan Majlis Penutupan "National Weapo...
Kuala Lumpur, 14 Mei 2026 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' M. Kumar S. Muthuvelu telah hadir menyempurnakan Majlis Penutupan "National Weapons Training: Countering Weapons Smuggling in South East Asia" di Hotel Double Tree, Jalan Tun Razak, di sini, semalam.

Program anjuran INTERPOL dengan kerjasama Jabatan Tenaga Amerika Syarikat itu bertujuan memperkukuh usaha membanteras penyeludupan senjata api di rantau Asia Tenggara dan Asia Pasifik, di samping mempertingkat keupayaan penguatkuasaan dalam menangani jenayah rentas sempadan.

Program tersebut turut melibatkan penyertaan beberapa agensi berkaitan antaranya Jabatan Peguam Negara Malaysia, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Dato' M. Kumar dalam ucapannya menekankan kepentingan kerjasama strategik dan perkongsian kepakaran antara agensi penguat kuasa dalam memperkukuhkan keselamatan negara, sekali gus melumpuhkan aktiviti penyeludupan senjata api serta jenayah rentas sempadan.

Turut hadir, Penasihat Kanan Pejabat Pengesanan dan Pencegahan Penyeludupan Nuklear Amerika Syarikat, Mr. Aaron Mosby, Pegawai Pakar Senjata Api INTERPOL, Ms. Line Haidar, barisan Timbalan Pengarah JSJ Bukit Aman dan para pegawai kanan JSJ Bukit Aman.

ArtikelDiterbitkan 14 May 2026 8.33 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.55 PM