Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan 27 Pati Gagal Menyusup Masuk

Diterbitkan: 19 May 2022 3.12 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Padang Besar, 19 Mei 2022 - Seramai 27 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam Op Wawasan Kedah/Perlis 2022 ketika cuba memasuki negara ini dalam dua kejadian berasingan di Chuping di sini, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-27-pati-gagal-menyusup-masuk
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:14 MYT
Padang Besar, 19 Mei 2022 - Seramai 27 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam Op Wawasan Kedah/Perlis 2022 ketika cuba memasuki negara ini dalam dua kejadian berasingan di Chuping di sini, kelmarin.
Pegawai Pemerintah Batalion 18 PGA, Superintendan Ramli Wan Salim berkata, tangkapan yang pertama dilakukan pada jam 12.30 tengah malam ketika anggota Batalion 18 PGA melakukan rondaan di sekitar laluan keselamatan Pos C6 Chuping.
"Ketika rondaan dilakukan, pasukan ternampak lapan PATI cuba menyusup masuk ke negara ini di laluan berkenaan dan kita terus menahan mereka.
"Tangkapan itu tidak berakhir di situ apabila hampir 13 jam kemudian, 19 PATI warga Myanmar termasuk lapan wanita dikesan bersembunyi di satu kawasan semak berhampiran sebuah kilang gula di Chuping," katanya dalam satu kenyataan media semalam.
Menurutnya, PATI itu dipercayai berusia 20-an hingga 40-an dan didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
"Semua mereka kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar untuk disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959" katanya.
Beliau berkata, pihaknya akan terus meningkatkan kawalan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand bagi memastikan tiada pembolosan PATI berlaku di negara ini.
Sumber: Harian Metro
 
ArtikelDiterbitkan 19 May 2022 3.12 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM