Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan 22 Pekerja Asing Yang Dijadikan Buruh Paksa Diselamatkan Polis Bukit Aman

Published: 30 Apr 2021 7.53 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 30 April 2021 - Bukan sahaja dibayar upah hanya RM10 sehari, malah nasib 22 pekerja sebuah restoran juga sangat malang apabila gaji mereka turut dipotong jika mengambil makanan berlauk.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-22-pekerja-asing-yang-dijadikan-buruh-paksa-diselamatkan-polis-bukit-aman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:23 MYT
Kuala Lumpur, 30 April 2021 - Bukan sahaja dibayar upah hanya RM10 sehari, malah nasib 22 pekerja sebuah restoran juga sangat malang apabila gaji mereka turut dipotong jika mengambil makanan berlauk.

Bagaimanapun, penderitaan dialami mereka antara setahun hingga tujuh lahun lalu berakhir apabila diselamatkan pasukan polis dalam serbuan di restoran di Taman Chi Liung, Klang, awal pagi semalam.

Serbuan dilakukan anggota Bahagian (D3) Pencegahan Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Pasukan Petugas Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO), Kementerian Dalam Negeri (KDN) selepas menerima maklumat.

Ketua Penolong Pengarah D3 JSJ Bukit Aman, SAC Tuan Fadil Marsus berkata, dalam Op Pintas Bersepadu itu pihaknya menyerbu sebuah restoran dan dua asrama pekerja jam 12.45 tengah malam.

"Kami menyelamatkan 22 pekerja warga asing berusia 23 hingga 44 tahun membabitkan 11 wanita warga Indonesia dan 11 lelaki warga India.

"Selain itu, kami menahan tiga lelaki tempatan berusia 29 hingga 60 tahun yang juga majikan dan penjaga premis berkenaan.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Harian Metro di lampiran.

Sumber: Harian Metro

May be an image of 1 person and text that says 'Kuala umpur ukan sahaja Potong gaji jika ambil lauk Nurul Bahaudin 22 pekerja asing dibayar RM10 sehari dis
ArticlePublished 30 Apr 2021 7.53 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM