Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan 200 Laluan Tikus Punca Sukar Bendung Seludup Dadah

Published: 20 Mar 2024 7.41 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Petaling Jaya, 20 Mac 2024 - Pasukan Gerakan Am mengenal pasti lebih 200 jalan tikus di seluruh negara yang menjadi laluan penjenayah untuk menyeludup dadah, barang kawalan dan hidupan liar.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-200-laluan-tikus-punca-sukar-bendung-seludup-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:02 MYT
Petaling Jaya, 20 Mac 2024 - Pasukan Gerakan Am mengenal pasti lebih 200 jalan tikus di seluruh negara yang menjadi laluan penjenayah untuk menyeludup dadah, barang kawalan dan hidupan liar.

Kebanyakan laluan tikus itu dikesan polis di pintu-pintu sempadan kawasan Malaysia - Thailand di Perlis, Kedah dan Kelantan namun ia berubah-berubah mengikut operasi serta kawalan pihak berkuasa.

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din berkata, bagi kes penyeludupan dadah, ia berlaku di kawasan sempadan Malaysia - Thailand membabitkan kemasukan bekalan bahan larangan itu melalui Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan.

“Lazimnya, jalan-jalan tikus dijadikan sebagai lokasi menyeludup masuk dadah ke negara ini seperti melalui jeti haram dan kawasan paya bakau yang mana kawasan ini kurang menjadi tumpuan pihak berkuasa tempatan.

“Bagaimanapun, jumlah laluan tersebut berubah bila-bila masa mengikut operasi dan kawalan dilakukan penguat kuasa,” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.
 
ArticlePublished 20 Mar 2024 7.41 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM