Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan 20 Pos Pga Dinaik Taraf Babit Kos Rm45 Juta

Published: 18 Feb 2024 3.49 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 18 Februari 2024 - Sebanyak 20 pos Pasukan Gerakan Am (PGA) di Selangor siap dinaik taraf sepenuhnya membabitkan kos diperuntukkan Kerajaan sebanyak RM45 juta.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-20-pos-pga-dinaik-taraf-babit-kos-rm45-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:16 MYT
Kuala Lumpur, 18 Februari 2024 - Sebanyak 20 pos Pasukan Gerakan Am (PGA) di Selangor siap dinaik taraf sepenuhnya membabitkan kos diperuntukkan Kerajaan sebanyak RM45 juta.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, usaha menaik taraf serta menambah baik aspek kebajikan anggota Polis Diraja Malaysia dan PGA seperti pos PGA dan kuarters kediaman menjadi keutamaan kementeriannya tahun ini.

Menurutnya, hampir keseluruhan 151 pos di seluruh negara kini dalam proses dinaik taraf dan selesai dinaik taraf termasuk 20 pos yang mengawasi perairan Laut China Selatan sepanjang 337 kilometer di Selangor.

“20 pos ini sangat penting termasuk satu markas taktikal kerana pos hadapan ini yang akan bertindak sebagai barisan hadapan untuk mengawasi ancaman.

“Seperti ketibaan pendatang tanpa izin, penyeludupan barangan kontraban, dadah dan segala macam ancaman dari laut,” katanya pada sidang media ketika melawat kuarters kediaman di Kem PGA, Cheras di sini, kelmarin.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 4 people and text
 
ArticlePublished 18 Feb 2024 3.49 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM