Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan 182 Kes Direkod Hina Institusi Diraja

Diterbitkan: 11 Jun 2022 3.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 11 Jun 2022 - Polis merekodkan sebanyak 182 kes penghinaan terhadap institusi diraja sejak tahun 2020 sehingga Mei tahun ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-182-kes-direkod-hina-institusi-diraja
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:52 MYT
Kuala Lumpur, 11 Jun 2022 - Polis merekodkan sebanyak 182 kes penghinaan terhadap institusi diraja sejak tahun 2020 sehingga Mei tahun ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan berkata, berdasarkan statistik kes direkodkan, polis telah menangkap 46 individu kerana kenyataan mereka berbaur fitnah dan menghina institusi itu. Menurut beliau, mengikut pecahan pada tahun 2020 merekodkan 66 kes di mana 58 kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan lapan disiasat di peringkat kontinjen dengan keseluruhan mellbatkan 21 tangkapan.

"Bagi tahun 2021 pula, ia membabitkan 23 tangkapan dan terdapat 105 kes diterima di mana 74 kes disiasat oleh USJT, manakala 31 kes disiasat di peringkat kontinjen.
"Pada tahun ini sehingga Mei, 11 kes dilaporkan dan telah disiasat oleh USJT dengan melibatkan dua tangkapan," katanya kepada Sinar Harian.

Dato' Sri Abd Jalil memberitahu, pihaknya mendapati tindakan segelintir individu yang menghina institusi diraja ini disebabkan ikutan dan pengaruh kebebasan suara dengan kaedah pemikiran orang luar. "Mereka menjadikan media sosial sebagai platform dengan mewujudkan kebencian dalam kalangan masyarakat terhadap institusi diraja," tegas beliau.

Jelasnya, masyarakat Malaysia ini berbilang kaum terdiri daripada majoriti Melayu, Cina serta India dan mana-mana kaum perlu menghormati institusi diraja.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

 
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2022 3.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM