Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan 17 Anggota Pga Dikuarantin

Published: 27 Aug 2020 4.08 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Terbaharu, seramai 17 anggota PGA Briged Tengah terpaksa dikuarantin susulan seorang PATI yang ditahan pasukan itu didapati positif wabak berkenaan. Komander PGA Briged Tengah, SAC Tuan Muhammad Abdul Halim berkata, PATI terbabit antara 18 individu ditahan ketika cuba memasuki negara menerusi Jeti Perikanan Sekinchan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-17-anggota-pga-dikuarantin
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:57 MYT
Cheras, 27 Ogos 2020 - Pasukan Gerakan Am (PGA) turut berdepan risiko jangkitan COVID-19 dalam menjalankan tugas mengawal kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui sempadan negara.

Terbaharu, seramai 17 anggota PGA Briged Tengah terpaksa dikuarantin susulan seorang PATI yang ditahan pasukan itu didapati positif wabak berkenaan. Komander PGA Briged Tengah, SAC Tuan Muhammad Abdul Halim berkata, PATI terbabit antara 18 individu ditahan ketika cuba memasuki negara menerusi Jeti Perikanan Sekinchan.

"Dalam operasi bersepadu pada 15 Ogos lalu, mereka menaiki bot nelayan tempatan untuk menyelinap masuk ke negara ini.

"Bagaimanapun, taktik terbaharu digunakan PATI itu berjaya dihidu PGA susulan maklumat dan risikan dijalankan," katanya dalam sidang media di Kem Batalion 4 PGA semalam.

Mengulas kejayaan PGA Briged Tengah sepanjang Januari hingga 24 Ogos lalu, katanya, sebanyak 107 serbuan dilakukan dan menahan 291 orang serta merampas barangan bernilai RM18.88 juta.

Katanya, semua tangkapan itu disiasat mengikut Akta Imigresen 1963, Akta Kastam 1967, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007, Akta Pemulihan Hidupan Liar 2010, Akta Perhutanan 1984/89, Akta Bahan Kakisan dan Letupan 1958 serta Akta Perikanan 1985.

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Keratan Akhbar Pilihan 17 Anggota Pga Dikuarantin
ArticlePublished 27 Aug 2020 4.08 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM