Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan 16 Pegawai Anggota Polis Kena Buang Kerja Januari Lalu Pengarah Jips

Diterbitkan: 01 Mar 2025 2.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Melaka, 1 Mac 2025 - Seramai 16 pegawai dan anggota polis dibuang kerja pada Januari lalu akibat pelbagai kesalahan, terutama kes dadah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-16-pegawai-anggota-polis-kena-buang-kerja-januari-lalu-pengarah-jips
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:42 MYT
Melaka, 1 Mac 2025 - Seramai 16 pegawai dan anggota polis dibuang kerja pada Januari lalu akibat pelbagai kesalahan, terutama kes dadah.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Sri Azri Hj. Ahmad, berkata daripada jumlah itu, ia membabitkan empat pegawai kanan polis berpangkat inspektor, manakala bakinya membabitkan anggota berpangkat rendah.

“Kebanyakan yang dibuang itu terbabit dalam kes-kes narkotik sama ada memiliki atau mengambil dadah dan mereka telah dituduh serta disabitkan bersalah di mahkamah.

“Mereka juga menjalani proses tatatertib yang selalunya berakhir dengan buang kerja,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Melaka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text   May be an illustration of 1 person and text  
ArtikelDiterbitkan 01 Mar 2025 2.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM