
Article
Keratan Akhbar Pilihan 154 Pegawai Anggota Polis Rugi Hampir Rm1 Juta Akibat Bah
Besut, 10 Januari 2023 - Seramai 154 pegawai dan anggota polis Terengganu mengalami kerugian harta benda hampir RM1 juta akibat bencana banjir yang melanda neg...
Besut, 10 Januari 2023 - Seramai 154 pegawai dan anggota polis Terengganu mengalami kerugian harta benda hampir RM1 juta akibat bencana banjir yang melanda negeri itu, baru-baru ini.
Ketua Polis Terengganu, DCP Dato' Rohaimi Md Isa berkata, bantuan kepada mereka yang terbabit dengan banjir akan diagihkan menerusi ketua polis setiap daerah.
“Justeru, program pasca banjir daerah Besut menjadi keutamaan untuk program kali ini.
“Selain menyerahkan sumbangan kepada tiga sekolah terpilih serta pelajar terjejas banjir, bantuan juga diagihkan kepada keluarga polis yang terbabit.
“Bantuan termasuk alat tulis, beg sekolah dan makanan ini hasil daripada sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) orang perseorangan dan agensi kerajaan,” katanya.