Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan 13 Stesen Minyak Dikesan Jadi Hotspot Penyeludup

Published: 22 Jul 2026 1.30 AM Updated: 21 Aug 2026 4.43 PM
Padang Besar, 21 Julai 2026 - Penyeludupan bahan api bersubsidi khususnya diesel dikenal pasti sebagai antara jenayah paling dominan dalam aktiviti rentas sempadan di utara negara sejak pelaksanaan Op Tiris.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-13-stesen-minyak-dikesan-jadi-hotspot-penyeludup
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:17 MYT
 
Padang Besar, 21 Julai 2026 - Penyeludupan bahan api bersubsidi khususnya diesel dikenal pasti sebagai antara jenayah paling dominan dalam aktiviti rentas sempadan di utara negara sejak pelaksanaan Op Tiris.

Trend itu dilihat berterusan apabila sindiket menjadikan bahan api sebagai komoditi utama kerana permintaan tinggi di negara jiran selain faktor keuntungan cepat dalam pasaran gelap.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, Pasukan Gerakan Am Bukit Aman, DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohd Rodhi berkata, kawasan sempadan Kedah dan Perlis yang mempunyai banyak laluan darat tidak rasmi termasuk kawasan hutan dan ladang turut menyumbang kepada kesukaran membanteras aktiviti berkenaan secara menyeluruh.

"Kalau kita lihat barang kawalan di bawah kategori ini, ia termasuk diesel, petrol, minyak masak, tepung dan gula enam item utama yang sering dibawa masuk ke Thailand tanpa kebenaran dan daripada semua itu, diesel adalah yang paling utama.

"Dari segi laluan, sindiket menggunakan laluan haram di sempadan termasuk kawasan dari Wang Kelian, Padang Besar, Bukit Kayu Hitam hingga Chuping sebagai laluan utama," katanya ketika meninjau operasi penugasan Pasukan Gerakan Am Briged Utara di Padang Besar.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text

ArticlePublished 22 Jul 2026 1.30 AMUpdated 21 Aug 2026 4.43 PM