Artikel
#BiarJasaJadiKenangan VIDEO PILIHAN: PENGHARGAAN ORANG AWAM KEPADA PDRM
Terima kasih diucapkan kepada pemilik akaun TikTok baterikusegamtvyasanlabis atas penghargaan yang diberikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya Kop...
Terima kasih diucapkan kepada pemilik akaun TikTok baterikusegamtvyasanlabis atas penghargaan yang diberikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya Koperal Mohd Arsha Ibrahim dan Konstabel Muhammad Najmun Syakirin Rozali dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat yang telah membantu seorang warga emas melintas jalan raya dengan selamat di Kilometer 184 Jalan Johor Bahru ke Seremban, semalam.
Tindakan yang dipamerkan mencerminkan nilai keprihatinan dan profesionalisme warga Sang Saka Biru dalam mengutamakan keselamatan serta kebajikan masyarakat. Semoga usaha murni ini terus menjadi inspirasi dan mengukuhkan semangat “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.
Sumber video: TikTok baterikusegamtvyasanlabis