Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan 13 Pusat Urut Tawar Khidmat Seks Kena Serbu

Diterbitkan: 25 Feb 2024 3.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Polis menyerbu 13 pusat urut di Lembah Klang yang disyaki menawarkan ‘khidmat tambahan' atau seks, batin selain menggaji pekerja asing secara haram.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-13-pusat-urut-tawar-khidmat-seks-kena-serbu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:18 MYT
Kuala Lumpur, 25 Februari 2024 - Polis menyerbu 13 pusat urut di Lembah Klang yang disyaki menawarkan ‘khidmat tambahan' atau seks, batin selain menggaji pekerja asing secara haram.

Dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bermula jam 3 petang kelmarin, polis turut menahan 64 individu terdiri daripada 11 warga tempatan dan 53 warga asing termasuk 48 wanita warga asing yang disyaki pelacur.

Pengarah JSJ, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, serbuan dilakukan di Serdang dan Gombak serta Sentul.

Beliau berkata, 64 individu yang ditahan terdiri daripada 11 lelaki tempatan dan tiga wanita warga asing berperanan sebagai pengurus premis, 48 wanita warga asing disyaki pelacur serta dua pelanggan lelaki warga asing.

“Tangkapan wanita warga asing terdiri daripada 38 warga Thailand, tiga China dan tujuh Vietnam. Dua pelanggan lelaki yang ditahan pula, masing-masing warga Pakistan dan Nepal didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

“Siasatan mendapati 13 premis yang berselindung sebagai pusat urut itu menggajikan wanita warga asing bagi menawarkan aktiviti tidak bermoral,” katanya semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
May be an image of 3 people and text that says 'HAT'S polis memeriksa wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan rumah urut sekitar Lembah Klang, (
ArtikelDiterbitkan 25 Feb 2024 3.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM