Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan 12 324 Kes Dilaporkan Sejak 2019 Polis Kenal Pasti 11 Punca Keganasan Rumah Tangga

Diterbitkan: 13 May 2024 1.43 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.14 PM
Curang, masalah kewangan dan panas baran dikenal pasti antara 11 punca berlakunya keganasan rumah tangga yang menyaksikan isteri menjadi mangsa penderaan suami sehingga ada yang mengalami masalah mental dan sanggup membunuh diri.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-12-324-kes-dilaporkan-sejak-2019-polis-kenal-pasti-11-punca-keganasan-rumah-tangga
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 01:39 MYT
 
Petaling Jaya, 13 Mei 2024 - Curang, masalah kewangan dan panas baran dikenal pasti antara 11 punca berlakunya keganasan rumah tangga yang menyaksikan isteri menjadi mangsa penderaan suami sehingga ada yang mengalami masalah mental dan sanggup membunuh diri.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 12,324 kes membabitkan keganasan rumah tangga direkodkan di seluruh negara dalam tempoh lima tahun iaitu bermula 2019 hingga 2023.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Siti Kamsiah Hassan berkata, kes tertinggi yang pernah direkodkan adalah pada tahun 2022 iaitu sebanyak 2,752 kes.

Katanya, ini diikuti sebanyak 2,611 kes pada 2021, 2019 (2,529 kes), 2023 (2,382 kes) dan 2020 (2,050 kes).

“Rekod-rekod yang diterima PDRM juga mendapati terdapat 11 punca berlaku keganasan rumah tangga antaranya melibatkan salah faham, panas baran, masalah kewangan, mabuk dan pengaruh dadah.

"Punca-punca lain adalah perasaan cemburu, masalah anak, masalah keluarga, curang, proses perceraian dan masalah mental.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.


May be an image of 2 people and text that says 'TUAN NURHIDAYAH GHANI 12,324 kes dilaporkan sejak 2019, polis kenal pasti 11 punca keganasan rumah tangga S
ArtikelDiterbitkan 13 May 2024 1.43 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.14 PM