Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan 1 75 Juta Kenderaan Masuk Ibu Kota

Diterbitkan: 02 May 2023 2.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 2 Mei 2023 - Kira-kira 1.75 juta kenderaan memasuki ibu negara, semalam berikutan berakhirnya cuti sempena Aidilfitri dan bermulanya sesi persekolahan hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-1-75-juta-kenderaan-masuk-ibu-kota
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:22 MYT
Kuala Lumpur, 2 Mei 2023 - Kira-kira 1.75 juta kenderaan memasuki ibu negara, semalam berikutan berakhirnya cuti sempena Aidilfitri dan bermulanya sesi persekolahan hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM, CP Dato’ Sri Mat Kasim Karim berkata, kelmarin pihaknya merekodkan jumlah kenderaan menuju ke ibu negara sebanyak 1.7 juta kenderaan.

“Kita jangkakan kenderaan bertambah selepas tengah hari semalam disebabkan berakhirnya cuti dan sesi persekolahan yang akan bermula hari ini. Selain itu terdapat juga faktor ibu bapa yang menghantar anak mereka kembali ke asrama di seluruh negara.

“Justeru, ingin saya tegaskan di sini, supaya semua pengguna jalan raya terus mengekalkan pemanduan berhemah dan lebih berhati-hati dalam mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, pergerakan trafik di lebuh raya membabitkan dari arah selatan dan utara serta laluan dari arah pantai timur, dilaporkan bergerak lancar sehingga jam 12 tengah hari.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro di lampiran.

May be an image of 1 person, car and text that says 'aliran trafik erminal Bersepadu Selatan (TBS), semalam. Gambar NSTP/HAZREEN MOHAMAD 1.75j kenderaan ma
ArtikelDiterbitkan 02 May 2023 2.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM