Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 1,720 KEMALANGAN SETIAP HARI

Diterbitkan: 03 Jul 2025 7.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Petaling Jaya, 3 Julai 2025 - Sebanyak 3.14 juta kes kemalangan dilaporkan berlaku di seluruh negara dalam tempoh lima tahun sejak 2019 hingga 2024.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-1-720-kemalangan-setiap-hari-20250703
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:16 MYT
Petaling Jaya, 3 Julai 2025 - Sebanyak 3.14 juta kes kemalangan dilaporkan berlaku di seluruh negara dalam tempoh lima tahun sejak 2019 hingga 2024.

Daripada jumlah tersebut, secara puratanya kira-kira 1,720 kemalangan berlaku dalam sehari sepanjang tempoh tersebut.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, antara punca utama kemalangan disebabkan penggunaan alat telekomunikasi, terbabas sendiri dan kecuaian.

“Antaranya cuai ketika hendak keluar atau masuk simpang serta menggunakan alat telekomunikasi.

“Selain itu, tidak nampak atau perasan ada kenderaan, objek atau binatang di depan atau sebelah turut menjadi faktor kemalangan jalan raya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 03 Jul 2025 7.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM