
Artikel
Artikel Pilihan 5 121 Polis Bertugas Sempena Mesyuarat Menteri Luar Asean 8 11 Julai
Kuala Lumpur, 3 Julai 2025 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menugaskan 5,121 anggota bagi memastikan kelancaran dan keselamatan penganjuran Mesyuarat Menteri-Men...
Kuala Lumpur, 3 Julai 2025 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menugaskan 5,121 anggota bagi memastikan kelancaran dan keselamatan penganjuran Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean ke-58 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 8 hingga 11 Julai ini.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim berkata PDRM telah merangka pelan keselamatan terperinci serta akan melaksanakan pemantauan berterusan bagi memastikan mesyuarat berjalan dengan aman dan teratur.
“PDRM telah mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan kesiapsiagaan tinggi menjelang mesyuarat ini dan fokus utama tertumpu kepada keselamatan orang kenamaan, kawalan lalu lintas serta pengendalian situasi kecemasan.
“Pasukan ini akan menggunakan teknologi canggih seperti sistem pengecaman wajah dan pengesanan bahan letupan untuk memastikan acara berjalan lancar,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Sumber: BERNAMA