Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan 1 509 Kanak Kanak Dan Remaja Bawah Umur 18 Tahun Dilaporkan Hilang Sejak Dua Tahun Lalu Pengarah Jsj

Published: 15 Apr 2022 2.43 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Abd. Jalil Hassan berkata, sebanyak 1,509 kanak-kanak dan remaja berusia 18 tahun ke bawah dilaporkan hilang dalam tempoh sama di seluruh negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-1-509-kanak-kanak-dan-remaja-bawah-umur-18-tahun-dilaporkan-hilang-sejak-dua-tahun-lalu-pengarah-jsj
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:40 MYT
Petaling Jaya, 15 April 2022 - Tidak semua kanak-kanak dan remaja yang dilaporkan hilang oleh keluarga dalam tempoh dua tahun dari 2020 sehingga Februari lalu mempunyai nasib yang baik.

Hal ini kerana, daripada 1,424 orang yang berjaya ditemukan semula oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), ada kalangan mereka ditemukan dalam keadaan selamat selain ada yang sudah tidak bernyawa.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Abd. Jalil Hassan berkata, sebanyak 1,509 kanak-kanak dan remaja berusia 18 tahun ke bawah dilaporkan hilang dalam tempoh sama di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, 1,424 orang ditemukan semula manakala 85 lagi masih hilang.

Kata beliau, kebanyakan kes kanak-kanak yang dilaporkan hilang tidak semuanya ditemukan selamat.

"Ada kes yang dilaporkan kita terpaksa buka kertas siasatan selain ada juga diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Ini kerana, ada kes hanya menemukan jasad mangsa selepas mereka terlibat dalam kemalangan. Seperti lemas selepas terjatuh di dalam longkang atau sungai ketika bermain," katanya di sini semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Utusan Online seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says '1,424 kanak- remaja ditemukan semula, 85 masih hilang 1,509 hilang sejak dua tahun lalu HADZMAN JAYA: semua
ArticlePublished 15 Apr 2022 2.43 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM