Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan 1 059 Individu Terlibat Aktiviti Pelacuran Di Selangor Ditahan

Published: 30 Dec 2022 3.07 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Shah Alam, 30 Disember 2022 - Polis Selangor menumpaskan kegiatan pelacuran dengan penahanan 1,059 individu hasil serbuan sejak Januari lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-1-059-individu-terlibat-aktiviti-pelacuran-di-selangor-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:15 MYT
Shah Alam, 30 Disember 2022 - Polis Selangor menumpaskan kegiatan pelacuran dengan penahanan 1,059 individu hasil serbuan sejak Januari lalu.

Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Arjunaidi Mohamed berkata, statistik tangkapan setakat November itu dilaksanakan hasil kejayaan 279 serbuan.
Menurutnya, jumlah tangkapan yang direkodkan terdiri daripada 41 lelaki dan 1,018 wanita terdiri daripada pelbagai warganegara termasuk tempatan.

"Siasatan mendapati suspek lelaki yang ditahan dipercayai berperanan sebagai pekerja premis, ejen atau runner manakala tangkapan wanita melibatkan gadis pelayan pelanggan (GRO), pelacur dan tukang urut.
"Polis percaya kegiatan ini sering dijalankan secara individu di hotel dan sering berpindah-randah bagi menyukarkan aktiviti itu dikesan. Mereka menggunakan media sosial seperti WeChat dan MiChat untuk mencari pelanggan.

"Kegiatan tidak bermoral di hotel dikesan apabila wanita terlibat akan menempah dalam tempoh tertentu selain pergerakan yang diuruskan oleh ejen sindiket," katanya eksklusif kepada Sinar Harian.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 30 Dec 2022 3.07 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM