Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Ahbar Pilihan Lelaki Dipenjara Setahun Hina Raja Perlis

Published: 23 Jun 2022 3.31 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Seorang pembantu kedai runcit dipenjara setahun setelah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menghina Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 22 Mac lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-ahbar-pilihan-lelaki-dipenjara-setahun-hina-raja-perlis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:47 MYT
Kangar, 23 Jun 2022 - Seorang pembantu kedai runcit dipenjara setahun setelah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menghina Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 22 Mac lalu.

Hakim Musyiri Peet turut mengenakan hukuman denda RM5,000 ke atas tertuduh, Muhamad Basri Shah Rohani, 31 yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki terbabit didakwa mengeluarkan kenyataan menerusi akaun Facebook menggunakan nama Basri Shah dengan kata-kata menghasut pada pukul 1.45 tengah hari 22 Mac lalu.

Hantaran tersebut mempunyai kecenderungan bagi mendatangkan penghinaan terhadap Tuanku.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang memperuntukkan hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo.

May be an image of 4 people, people standing and text

ArticlePublished 23 Jun 2022 3.31 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM