Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Kerjasama Tangani Isu Scammer

Diterbitkan: 23 Jun 2022 5.54 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Antara langkah diambil ialah pelaksanaan perkongsian secara berkala dengan pihak berkenaan bagi mengenal pasti kaedah dan trend jenayah kewangan terkini digunakan oleh “scammer”.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-kerjasama-tangani-isu-scammer
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 10:10 MYT
Shah Alam, 23 Jun 2022 - Bank Negara Malaysia (BNM) telah melaksanakan beberapa langkah bersama pihak berkuasa antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan institusi kewangan dalam negara bagi menangani isu kes penipuan dan “scammer”.

Antara langkah diambil ialah pelaksanaan perkongsian secara berkala dengan pihak berkenaan bagi mengenal pasti kaedah dan trend jenayah kewangan terkini digunakan oleh “scammer”.

Melalui sesi tersebut juga, kerjasama dalam aspek teknikal serta penyaluran maklumat telah dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan bersasar.

BNM juga telah mengeluarkan garis panduan kepada institusi kewangan bagi melaksanakan usaha wajar pelanggan ketika pembukaan akaun bank serta secara berterusan bagi akaun bank sedia ada.

Dalam pada itu, BNM turut mengeluarkan surat pekeliling kepada institusi kewangan bagi menggesa pelaksanaan usaha penambahbaikan bagi memastikan keberkesanan ke atas proses sedia ada.

Surat pekeliling itu merangkumi gesaan kepada institusi kewangan bagi menyediakan saluran komunikasi yang efektif dan jelas antara institusi kewangan serta mangsa penipuan kewangan untuk membolehkan mereka mengambil langkah perlu termasuk menghubungi PDRM untuk membantu penyiasatan terhadap aduan dilakukan.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of text that says 'Kerjasama tangani isu 'scammer Turut dikeluarkan garis panduan kepada institusi kewangan Oleh RAIHAM MOHD MUHAMMAD
ArtikelDiterbitkan 23 Jun 2022 5.54 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM