Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kepulangan Ketua Polis Negara

Published: 12 Jun 2014 6.17 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sepang, 19 Mac 2013 – Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kepulangan-ketua-polis-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:26 MYT
Oleh: Konst. Muhammad Iqtar Bin Azmi.

Sepang, 19 Mac 2013 – Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada lebih kurang jam 9:40 malam tadi setelah hampir sebulan berada di Lahad Datu semenjak OP Daulat dilancarkan bagi mengekang pencerobohan pengganas di sana. 

Ketibaan beliau yang disambut oleh isteri, Puan Sri Datin Seri Hajah Suriati Haji Md. Sobri, sanak saudara serta barisan pegawai-pegawai kanan PDRM dengan penuh rasa kesyukuran dan terharu. 

Difahamkan bahawa Tan Sri Dato' Seri Khalid Bin Abu Bakar,Timbalan Ketua Polis Negara akan mengambil alih penugasan beliau di Lahad Datu bagi meneruskan kesinambungan OP Daulat yang masih berjalan bagi memastikan kumpulan penceroboh ini dapat dilumpuhkan sepenuhnya. 

Lebih menarik lagi, Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail Haji Omar turut menyatakan turut menyatakan bahawa tahap kesiapsiagaan barisan hadapan PDRM berada pada tahap yang sangat tinggi dengan kejayaan pasukan keselamatan negara menumpaskan kumpulan penceroboh pada julat yang besar dalam beberapa pertempuran yang berlaku. 

Berbekalkan doa dan harapan seluruh rakyat Malaysia, semoga pasukan keselamatan negara yang berada di perbatasan akan terus berjuang habis-habisan demi mempertahankan kedaulatan negara.

Kepulangan Ketua Polis Negara
Ketibaan Puan Sri Datin Seri Hajah Suriati binti Haji Md. Sobri.

Kepulangan Ketua Polis Negara
Ketibaan Para Pengarah dan pegawai-pegawai kanan PDRM.

Kepulangan Ketua Polis Negara
Ketibaan Ketua Polis Negara disambut oleh cucu beliau.

Kepulangan Ketua Polis Negara
Memanjat Doa penuh kesyukuran serta mendoakan keselamatan sahabat-sahabat seperjuangan yang masih di perbatasan.

Kepulangan Ketua Polis Negara
Di Bilik tetamu..

Kepulangan Ketua Polis Negara
Beramah mesra bersama saudara Kamal Affendi,Penganalisis Jenayah.

Kepulangan Ketua Polis Negara
Sempat bergambar kenangan bersama Dato' Jimmy Choo,Pereka Kasut Antarabangsa terkenal yang kebetulan berada di KLIA..
ArticlePublished 12 Jun 2014 6.17 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM