Oleh : Kpl Muhd Lokmanul Hakim bin S. Nor
KEPOLISIAN WANITA UNTUK WANITA
SHAH
ALAM, 24 September – Malam ini telah berlangsung satu majlis makan
malam bersempena dengan Seminar Polis Wanita Tahun 2013 yang telah
diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam. Hadir di majlis ini YDH DCP Dato'
Zubaidah Bt Md Ismail, Timbalan Pengarah 1, Jabatan Logistik PDRM.
"Melalui
majlis ini sambil kita berkumpul untuk menimba ilmu, kita juga dapat
beramah mesra. Ia juga merupakan satu warisan yang boleh membentuk
keperibadian dan sikap seseorang pegawai dengan budaya kerja berpasukan
dan ia juga merupakan satu wadah untuk meningkatkan keakraban hubungan
silaturahim di antara pegawai-pegawai yang 'senior' dengan pegawai muda,
yang telah bersara dengan yang masih dalam perkhidmatan seperti malam
ini:, diantara teks ucapan YDH DCP Dato' Zubaidah Bt Md Ismail.
Majlis
ini juga diadakan bagi memberi penghargaan serta ucapan terima kasih
daripada pegawai-pegawai kanan wanita yang masih berkhidmat kepada para
pesara bersempena dengan seminar yang adakan pada kali ini.
Objektif
seminar ini bertujuan memperkukuhkan semangat setia kawan antara
pegawai wanita serta melengkapkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada
masyarakat berteraskan tranformasi. Selain itu, satu inisiatif di bawah
National Blue Ocean Strategy (NBOS) telah dilaksanakan dengan
memfokuskan kelebihan wanita dalam aspek pencegahan jenayah antaranya
AMANITA atau 'Peace Lady'. Seramai 150 pegawai wanita terlibat dalam
seminar yang diadakan selama tiga hari.
Turut
hadir ke majlis, YDH DCP Dato' Zaleha binti Abd Rahman, Timbalan Ketua
Polis Kedah, YDH SAC Dato' Shamsiah binti Mohd Shariff, Ketua Penolong
Pengarah Pengurusan Urus setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan)
merangkap Pengerusi Jawatankuasa Seminar Polis Wanita, SAC Nahariah
binti Hussein, Ketua Penolong Pengarah Kepolisan D1, JSJ, YBhg. Dato'
Robiah binti Abd Ghani dan Dato'-Dato' Penolong Pengarah.

Ketibaan YDH Timbalan Pengarah 1, Jabatan Logistik


Antara tetamu hormat yang hadir




Gambar sekitar majlis






Sekitar gambar persembahan

Juruacara majlis
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Kepolisian Wanita Untuk Wanita
SHAH ALAM, 24 September – Malam ini telah berlangsung satu majlis makan malam bersempena dengan Seminar Polis Wanita Tahun 2013 yang telah diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam. Hadir di majlis ini YD..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kepolisian-wanita-untuk-wanita
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.