Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kepolisian Wanita Untuk Wanita

Published: 12 Jun 2014 7.39 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
SHAH ALAM, 24 September – Malam ini telah berlangsung satu majlis makan malam bersempena dengan Seminar Polis Wanita Tahun 2013 yang telah diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam. Hadir di majlis ini YD..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kepolisian-wanita-untuk-wanita
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:12 MYT

Oleh : Kpl Muhd Lokmanul Hakim bin S. Nor

KEPOLISIAN WANITA UNTUK WANITA

SHAH ALAM, 24 September – Malam ini telah berlangsung satu majlis makan malam bersempena dengan Seminar Polis Wanita Tahun 2013 yang telah diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam. Hadir di majlis ini YDH DCP Dato' Zubaidah Bt Md Ismail, Timbalan Pengarah 1, Jabatan Logistik PDRM.

"Melalui majlis ini sambil kita berkumpul untuk menimba ilmu, kita juga dapat beramah mesra. Ia juga merupakan satu warisan yang boleh membentuk keperibadian dan sikap seseorang pegawai dengan budaya kerja berpasukan dan ia juga merupakan satu wadah untuk meningkatkan keakraban hubungan silaturahim di antara pegawai-pegawai yang 'senior' dengan pegawai muda, yang telah bersara dengan yang masih dalam perkhidmatan seperti malam ini:, diantara teks ucapan YDH DCP Dato' Zubaidah Bt Md Ismail.

Majlis ini juga diadakan bagi memberi penghargaan serta ucapan terima kasih daripada pegawai-pegawai kanan wanita yang masih berkhidmat kepada para pesara bersempena dengan seminar yang adakan pada kali ini.

Objektif seminar ini bertujuan memperkukuhkan semangat setia kawan antara pegawai wanita serta melengkapkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat berteraskan tranformasi. Selain itu, satu inisiatif di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS) telah dilaksanakan dengan memfokuskan kelebihan wanita dalam aspek pencegahan jenayah antaranya AMANITA atau 'Peace Lady'. Seramai 150 pegawai wanita terlibat dalam seminar yang diadakan selama tiga hari.

Turut hadir ke majlis, YDH DCP Dato' Zaleha binti Abd Rahman, Timbalan Ketua Polis Kedah, YDH SAC Dato' Shamsiah binti Mohd Shariff, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Urus setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Seminar Polis Wanita, SAC Nahariah binti Hussein, Ketua Penolong Pengarah Kepolisan D1, JSJ, YBhg. Dato' Robiah binti Abd Ghani dan Dato'-Dato' Penolong Pengarah.

Kepolisian Wanita Untuk Wanita
Ketibaan YDH Timbalan Pengarah 1, Jabatan Logistik

Kepolisian Wanita Untuk Wanita
Kepolisian Wanita Untuk Wanita
Antara tetamu hormat yang hadir

Kepolisian Wanita Untuk Wanita
Kepolisian Wanita Untuk Wanita
Kepolisian Wanita Untuk Wanita
Kepolisian Wanita Untuk Wanita
Gambar sekitar majlis

Kepolisian Wanita Untuk Wanita
Kepolisian Wanita Untuk Wanita
Kepolisian Wanita Untuk Wanita
Kepolisian Wanita Untuk Wanita
Kepolisian Wanita Untuk Wanita
Kepolisian Wanita Untuk Wanita
Sekitar gambar persembahan

Kepolisian Wanita Untuk Wanita
Juruacara majlis

ArticlePublished 12 Jun 2014 7.39 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM